Laman Utama

سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 23).
Kini, kami mempunyai 441,002 buah rencana.

Rencana pilihan

Joget Gamelan

Gamelan Melayu, juga dikenali sebagai Joget Gamelan, ialah kesenian istana Melayu yang menggabungkan muzik dan tarian. Kesenian ini secara tradisinya dikaitkan dengan istana diraja Pahang dan Terengganu, dan merupakan salah satu cabang tradisi gamelan yang berkembang di Kepulauan Asia Tenggara. Walaupun mempunyai hubungan sejarah dengan tradisi gamelan di wilayah lain, gamelan Melayu berkembang dengan lagu, tarian dan gaya persembahannya yang tersendiri.

Asal-usul gamelan Melayu dapat dikesan kepada lingkungan istana Johor-Riau dan Riau–Lingga, sebelum dibawa ke Pahang pada abad ke-19 melalui hubungan kekeluargaan antara keluarga pemerintah Melayu. Di Pahang, kesenian ini berkembang sebagai hiburan dan persembahan istana sebelum mencapai kemuncak perkembangannya di Terengganu pada awal abad ke-20. Selain muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gong, gambang dan metalofon, tradisi ini turut merangkumi satu himpunan tarian istana yang dikenali sebagai Joget Gamelan. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini:

Berita terkini

Kerosakan gempa bumi di Manggarai Timur, Indonesia
Kerosakan gempa bumi di Manggarai Timur, Indonesia

Tahukah anda...

Warna pelengkap dalam bentuk model warna RGB.
Warna pelengkap dalam bentuk model warna RGB.
  • ... bahawa warna pelengkap adalah pasangan warna yang apabila digabungkan akan menghasilkan warna skala kelabu seperti putih atau hitam?  
  • ... bahawa eolianit difahamkan terbentuk dalam tempoh satu juta tahun yang lampau, dan saat-saat endapan berlaku berhubung kait dengan paras laut, akan tetapi sifat penghubungkaitan itu masih dibahaskan? 
  • "... bahawa argentum iodida digunakan sebagai antiseptik dan dalam pembenihan awan?" 
  • ... bahawa siput laut Thuridilla vataae mengumpul dan menyimpan giginya yang tumpul dalam kantung di dalam mulutnya? 
  • "... bahawa saiz udon dikawal oleh pemiawaian di Jepun?" 

Hari ini dalam sejarah

21 Ogos: Hari Ninoy Aquino di Filipina; Hari Belia di Maghribi.

Hari-hari sebelum: 20 Ogos 19 Ogos 18 Ogos

Gambar pilihan

Benah

Benah ialah serangga Auchenorrhyncha. Gambar ini menunjukkan benah Phromnia rosea dewasa pada sebatang kayu lembut, bersama tiga nimfa dibawahnya; dewasa melipat sayapnya seperti khemah, sementara nimfa dililit kusut benang lilin putih yang padat. Kedua-dua dewasa dan nimfa sedang makan dengan menghisap getah dari tanaman perumah.

Kredit gambar: Charles James Sharp

Gambar pilihan sebelum ini:

Gotong-royong

sunting

Kerjasama rencana baharu

Cabaran gotong-royong
Hasil gotong-royong terbaru

Segera Cipta
Segera Selenggara

Perangkaan WBM
KedalamanRencanaLamanSuntinganPenggunaPentadbirFail
16.7 441,002 1,189,440 6,918,891 408,122 (2,066 aktif) 15 17,903

Perbaiki kandungan
Bahasa