Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 441,194 buah rencana.
Tarikh: Selasa, 25 Ogos 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Gamelan Melayu, juga dikenali sebagai Joget Gamelan, ialah kesenian istana Melayu yang menggabungkan muzik dan tarian. Kesenian ini secara tradisinya dikaitkan dengan istana diraja Pahang dan Terengganu, dan merupakan salah satu cabang tradisi gamelan yang berkembang di Kepulauan Asia Tenggara. Walaupun mempunyai hubungan sejarah dengan tradisi gamelan di wilayah lain, gamelan Melayu berkembang dengan lagu, tarian dan gaya persembahannya yang tersendiri.
Asal-usul gamelan Melayu dapat dikesan kepada lingkungan istana Johor-Riau dan Riau–Lingga, sebelum dibawa ke Pahang pada abad ke-19 melalui hubungan kekeluargaan antara keluarga pemerintah Melayu. Di Pahang, kesenian ini berkembang sebagai hiburan dan persembahan istana sebelum mencapai kemuncak perkembangannya di Terengganu pada awal abad ke-20. Selain muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gong, gambang dan metalofon, tradisi ini turut merangkumi satu himpunan tarian istana yang dikenali sebagai Joget Gamelan. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Pentadbiran Autonomi Demokratik Syria Utara dan Timur menamatkan pemerintahan autonominya selepas integrasi penuhnya ke Syria.
- Presiden Hakainde Hichilema (gambar) memenangi pilihan raya umum Zambia untuk penggal kedua berturut-turut.
- Gempa bumi magnitud 7.7 melanda pantai Flores, Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 73 kematian.
- Bekas Perdana Menteri China Zhu Rongji meninggal dunia pada usia 97.
- Gerhana matahari menyebabkan merangkumi kawasan dari Siberia ke Iberia.
Tahukah anda...
{{#|}}
- ... bahawa jalan raya paling lurus dan terpanjang di Malaysia terletak di Keningau, Sabah. Jalan ini menjangkau sehingga 19 kilometer.
- ... bahawa bunga mistletoe yang sinonim dengan masyarakat Barat sebagai tempat bercumbu dan takal cinta untuk kesuburan pada hari Krismas ialah sebahagian daripada alat sulit pokok oak??
- "... bahawa Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia?"
- "... bahawa semasa musim panas, waktu siang lebih panjang dari waktu malam?"
- "... bahawa hati, ginjal dan kulit terlibat dalam proses homeostasis?"
Hari ini dalam sejarah
- 1609 – Ahli astronomi Itali Galileo Galilei menunjukkan teleskop pertamanya, sejenis teleskop pembiasan, kepada pihak berkuasa Venice.
- 1912 – Parti Kuomintang diasaskan oleh Song Jiaoren dan Dr. Sun Yat-sen di Guangdong, China.
- 1920 – Perang Poland–Soviet: Angkatan Poland di bawah Józef Piłsudski berjaya memaksa Soviet Rusia berundur dari Warsaw.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Paris dibebaskan oleh Pihak Berikat daripada pendudukan Jerman Nazi.
- 1989 – Kapal angkasa lepas Voyager 2 (gambar) tiba di Neptun dan mengesahkan kewujudan gelang planet itu.
Gambar pilihan
|
Dolar Jepun merujuk kepada mata wang yang dikeluarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara tahun 1942 hingga 1945. Ia juga dikeluarkan Burma, Hindia Timur Belanda dan Filipina. Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dikenali sebagai "duit pisang" merujuk kepada motif pokok pisang yang terdapat pada wang kertas 10 dolarnya. Dolar Jepun kini hanya boleh ditemui di muzium dan pengumpul mata wang persendirian. Pencipta: Empayar Jepun
Gambar pilihan sebelum ini: |
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.7 | 441,194 | 1,189,869 | 6,924,562 | 408,693 (2,036 aktif) | 15 | 17,903 |
- Perbaiki kandungan