Siapa nak belajar dari pengalaman 9 kali buka tutup restoran?
.
Khas untuk yang beroperasi 2 tahun & ada premis.
Yang perlukan bantuan atau yang nak kembangkan bisnes
Zon Selatan sahaja
Ada peluang baik untuk anda.
untuk jalankan Program BANGKIT untuk usahawan Kafe & Restoran.
Program ni ada workshop 3 hari + coaching 3 bulan.
.
Saya kongsikan
- Pengalaman sebenar 18 tahun saya run restoran
- SOP & Template yang terus boleh gunakan dalam biz anda
- Kita terus buat kira-kira
- Kita selesaikan masalah
- Kita rancang terus biz anda
.
📅 30/3/2026-1/4/2026 + 3 Bulan
📍 Johor Bahru
👥 Terhad 30 orang sahaja (Tinggal 10 seat sahaja)
DM saya.
KOYAK.
.
Sungguh. Dalam berbelas-belas tahun berusahawan ni sangat banyak kali mental & emosi saya koyak. Stress, Down, Depress, Marah, Takut, Risau, Stuck & macam-macam lagi. Tapi tiap kali saya lalu fasa koyak tiap kali itu saya cari jalan & bina kekuatan untuk comeback. Alhamdulillah. Saya anggap setiap fasa yang saya hadapi tu sebagai training Tuhan nak bagi saya. Hari ni saya share beberapa tips sepanjang saya melalui fasa koyak.
Jaga badan.
Bila kita tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup makan, tak cukup senaman lagi mudah kita koyak sebenarnya. Pernah dengar perkataan ‘hangry’? Haha. Saya yakin ramai pernah alami. In fact. Ada kajian yang menunjukan walking ada effect yang sama dengan makan ubat antidepressant. Jadi bila kita mula rasa koyak. Check badan dulu. Cukup tak makan, rehat, senaman? Kalau tak cukup. Settlekan dulu. Ini cara paling mudah.
Reframe.
Ini teknik NLP yang saya belajar. Tapi jujurnya reframe ni sangat banyak dalam kehidupan harian. Reframe ni kita melihat situasi dari lensa berbeza. Contoh. Kita ada masalah sales. Dari kita pikirkan alasan memang ini masalah negara/dunia/semesta lebih baik kita tanya diri kita: ‘What is this teaching me?’ atau ‘Allah nak tunjuk/ajar apa kat aku ni?’ or ‘What other way can i do this?’ Cara ni meletakan kita luar dari situasi masalah. Dan insyaallah kita lebih mudah nampak jalan keluar.
Release.
Semua rasa koyak itu perlu dilepaskan. Jangan simpan. Soalnya nak lepas macam mana? Saya share beberapa cara yang saya buat.
1. Mengadu domba: Tapi bukan di socmed atau mana-mana manusia. Saya mengadu domba dengan tuhan yang satu. Biar dia sahaja yang tahu apa yang saya rasa & lalu.
2. Ambil masa healing dalam alam. Groundkan badan. Masuk hutan, mandi sungai, mandi laut.
3. Spend masa dengan orang tersayang. Lepak teh tarik, makan, berborak, atau buat activiti mudah dengan family.
Maka berakhirlah 2025.
Sebelum merancang tahun yang baru. Saya biasanya ambil masa sikit untuk toleh ke belakang. Sebelum kita merancang tahun yang baru ada baiknya kita belajar dari tahun yang sudah. Ini pelajaran 2025 saya.
2025 tahun mengajar kesabaran.
Rata-rata kebanyakan usahawan SME terkesan dengan slowdown bisnes. Saya tak terkecuali. Tapi antara kejayaan terbesar 2025 adalah saya masih berdiri. Alhamdulillah. Sabar itu seperti otot. Perlu dilatih. Perlu diuji. Perlu ditekan-tekan baru lah sabar itu menjadi teguh.
2025 tahun training bermain defensive.
Bisnes bukan sahaja bermain offense. Ada kalanya kita perlu berlatih bertahan dalam bisnes. Tighten operations & cost controls. Repair balik process. Bikin balik business makin efficient. Bila tengah bisnes kencang mana nak ingat semua ni. Bila bisnes down baru nak buat. Saya lah tu. hahaha
2025 tahun latihan kekuatan emosi.
Bila bisnes down ingat tak koyak ke? Pening nak memikir nak bayar semua komitment. Gaji dah naik, kos barang pun naik juga. Belum kira kos-kos admin, SST, LHDN dan sebagainya. Tapi dalam kekusutan semua tu. Dalam itulah training kekuatan mental. Ambil masa. Jaga badan. Jaga emosi. Jaga spiritual. Bila badan sihat, emosi stabil, spritual kuat barulah apa-apa kerja berbisnes boleh dibuat dengan tenang.