Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia
Carilah maklumat lanjut mengenai dua di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

sunting
Nombor bahasa Melayu (edit)
20
 ←  1 2 3  → 
    Kardinal: dua
Nombor bahasa Melayu (edit)
20
 ←  1 2 3  → 
    Kardinal: dua

Alternatif lain

sunting
  1. duwa ( 1924-1972,Ejaan Za'aba)
  2. دو(Ejaan Jawi lama)

Takrifan

sunting
  1. angka kedua, 2; satu campur satu, (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu; bilangan di antara satu dengan tiga, satu kurang daripada tiga.

Terbitan

sunting
  • berdua: bersama-sama (dua orang), bersama dengan seorang lagi.
  • berdua-dua: (sila lihat: dua-dua.)
  • berdua-duaan: (sila lihat: berduaan.)
  • berduaan: [bersamaan dengan berdua-duaan] berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua.
  • berperdua: berbahagi dua, berkongsi dua.
  • dua-dua:
    • [bersamaan dengan berdua-dua] tiap-tiap kali dua (orang dan lain-lain), dalam kelompok-kelompok dua.
    • [bersamaan dengan dua-duanya] dua kesemuanya.
  • dua-duanya: (sila lihat: dua-dua.)
  • kedua:
    • (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor dua.
    • [bersamaan dengan kedua-dua, kedua-duanya, dan keduanya] dua-dua(nya).
  • kedua-dua: (sila lihat: kedua.)
  • kedua-duanya: (sila lihat: kedua.)
  • keduaan: keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur.
  • keduanya: (sila lihat: kedua.)
  • memperdua:
    • membahagi dua (untung, hasil, dan lain-lain).
    • mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) orang dan hasilnya dibahagi dua.
  • memperduakan:
    • (sila lihat: menduakan.)
    • menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan, memawahkan.
  • mendua:
    • menjadi dua (berkenaan dengan fikiran, perbuatan, dan lain-lain).
    • kencang berlari (kuda).
  • menduai: menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua.
  • menduakan: [bersamaan dengan memperduakan] menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami).
  • menyeduai: (Minangkabau) mengurus ternak (sawah dan lain-lain) orang dengan berbahagi keuntungan.
  • menyeduakan: (Minangkabau) menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan.
  • pendua:
    • benda yang dijadikan cadangan (kapit, teman) seperti keris dan lain-lain.
    • yang dibuat serupa dengan yang asal (berkenaan dengan salinan dan sebagainya).
  • penduaan: perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dan lain-lain), pemawahan.
  • perdua:
    • [bersamaan dengan seperdua] setengah, satu daripada dua.
    • perkongsian (tanaman dan lain-lain).
  • seperdua: (sila lihat: perdua.)

Kata majmuk

sunting

Kata majmuk dasar depan

sunting
  1. dua belas: (jumlah) sepuluh dicampur dua (12).
  2. dua kalimah: kalimah syahadat.
  3. dua puluh: (jumlah) sepuluh didarabkan dengan dua (20).
  4. dua ratus: (jumlah) seratus didarabkan dengan dua (200).
  5. dua sejoli: dua orang kekasih yang sangat rapat.
  6. dua serangkai: dua orang yang terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama).
  7. dua tahun ketiga: lewat dua tahun tetapi belum genap tiga.

Kata majmuk dasar dalam

sunting
  1. angka dua: (arkaik) tanda pergandaan (kata berulang).
  2. main dua puluh satu: sejenis permainan terup.

Kata majmuk terbitan

sunting
  1. berdua hati: (kiasan) tidak jujur, mancabangkan kasih.
  2. kertas pendua: kertas untuk membuat salinan surat dan lain-lain dengan menggunakan sejenis alat.
  3. mendua hati: bimbang.
  4. mendua kali: membuat dua kali, mengulangi perbuatan.
  5. menduai isteri: mengambil isteri kedua.
  6. menduai laki: berkhianat kepada suami (isteri yang bermukah).
  7. menduakan Allah: menganggap (melakukan seperti) ada yang berkuasa selain Allah.
  8. mesin pendua: mesin untuk membuat salinan-salinan surat dan sebagainya.
  9. seperdua umur (baya): separuh umur.

Peribahasa

sunting
  1. antara dua tengah tiga: orang sakit yang hampir mati.
  2. dalam dua tengah tiga: tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yang tidak tetap, bimbang.
  3. dua badan senyawa: karib sekali.
  4. dua kali dua empat: (sila lihat: seperti lima belas dengan tengah dua puluh.)
  5. dua kali lima sepuluh: (sila lihat: seperti lima belas dengan tengah dua puluh.)
  6. karam berdua basah seorang: dua orang bersalah, hanya seorang yang dihukum.
  7. seperti lima belas dengan tengah dua puluh: [bersamaan dengan dua kali dua empat dan dua kali lima sepuluh] sama sahaja.

Etimologi

sunting

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Sebutan

sunting

Terjemahan

sunting

Tulisan Jawi

sunting

دوا

Tesaurus

sunting

Sinonim

sunting

binari, biner, dubel, dwi, kembar, regu, sepasang.

Antonim

sunting

Bahasa Iban

sunting

Kata bilangan

sunting

dua

  1. dua

Sebutan

sunting

Rujukan

sunting

"dua" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Bahasa Indonesia

sunting

Kata bilangan

sunting

dua

  1. dua

Bahasa Bugis

sunting

Takrifan

sunting

dua (lontara ᨉᨘᨕ)

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.


Perkataan Nombor
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta