Kelelawar1
Hai, Saya Fahri
Saya dari Indonesia dan saya agak jarang ke sini. Saya lebih sering ke [id.wikipedia.org Wikipedia (bahasa) Indonesia].
Salam kenal
~ Tolong Perbaiki Halaman ini
Rencana pilihanDatuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) sejak Februari 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga keruntuhan pentadbiran BN pada November 2022. Beliau adalah Presiden Parti Bersatu Sabah yang bersekutu bersama parti lain di dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan juga sebagai komponen gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pada 12 September 2020, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga telah bersekutu dengan Gabungan baru yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin di Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dahulunya, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008. Selepas itu, beliau pernah menyandang jawatan menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik untuk kabinet 2013 dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Sebelum ini juga, beliau adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini: Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2026. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang! Tahukah anda... |
Berita terkini
Hari ini dalam sejarah23 Mei:
|
Gambar pilihan
|
Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Arab: تدرارت أكاكوس; ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk satu banjaran gunung di gurun daerah Ghat, barat Libya, yang merupakan sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat dan menjangkau utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang gersang di Sahara, ia mempunyai beberapa mata air dan telaga. Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 SM sehingga 100 M ini menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di situ.
Gambar pilihan sebelum ini:
|