Wuthering Waves

permainan video

Wuthering Waves (Melayu: Raungan Ombak; Cina: 鸣潮, Ming Chao) ialah permainan berperanan aksi yang dimainkan secara percuma yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Kuro Games. Ia dikeluarkan pada 23 Mei 2024 (Waktu Malaysia).

Wuthering Waves
PembangunKuro Games
PenerbitKuro Games
EnjinUnreal Engine 4
PelantariOS
Android
Microsoft Windows
macOS
Dilancarkan padaiOS, Android, Microsoft Windows
23 Mei 2024
macOS
Belum diumumkan
GenrePermainan berperanan aksi, Permainan Gacha
ModPemain tunggalhibira multipemainmod kerjasama Sunting nilai ini di Wikidata
Penarafan
Anugerah
•  The Game Awards − Player's Voice (en) Terjemah (11 Disember 2025) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar
Tapak sesawangwutheringwaves.kurogame.com… Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: tt32258681 MusicBrainz: 82f60230-3f11-4f2d-9dda-873c24c38d2a
Facebook: WutheringWaves.Official X: Wuthering_Waves Instagram: wuthering_waves YouTube: UC0Bi5KMcECRVYis5Gb_ZYZQ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebagai permainan gacha dunia merayau bebas, Wuthering Waves telah dibandingkan dengan tajuk lain seperti Genshin Impact, tetapi lebih memfokuskan kepada pertempuran daripada yang terdahulu. [1]

Sinopsis

sunting

Wuthering Waves berlatarkan dunia terbuka pasca-apokaliptik yang futuristik selepas bencana yang dipanggil Lament telah melenyapkan sebahagian besar manusia dan menyebabkan makhluk dan raksasa yang tidak diketahui muncul. Walau bagaimanapun, manusia tidak lama lagi akan menyesuaikan diri dengan ancaman dan dari membina semula tamadun yang telah ranap dari masa ke masa. Kisah ini mengikuti Rover yang kehilangan daya ingatan, telah terjaga dari lenanya dan mula meneroka dunia yang baharu ini.

Gaya Permainan

sunting

Wuthering Waves berlatarkan dunia terbuka. [2] Pemain mengawal protagonis, Rover, serta unit yang direkrut dipanggil Resonator, yang dibahagikan kepada kualiti 4 bintang dan 5 bintang. [1] Kandungan penghujung kempen menampilkan mod di mana watak boleh digunakan dalam satu siri cabaran pertempuran. [3]

Sistem permainan gacha menampilkan sepanduk yang dikenali sebagai Convenes, di mana Resonator dan senjata boleh diperolehi. Terdapat tiga jenis Convenes: novis, acara dan standard. Sistem kasihan menjamin bahawa item 5-bintang diperolehi dalam jumlah cabutan- yang ditetapkan. [4]

Pembangunan

sunting

Wuthering Waves telah didedahkan kepada umum pada 23 Mei 2022 di akaun media sosial Kuro Games. Ia pertama kali diumumkan untuk platform iOS pada 25 Mac 2024. [5]

Permainan ini telah jalani dua ujian beta tertutup, dengan ujian beta tertutup terakhir pada Mac 2024. Selepas ujian beta tertutup pertama, sebahagian besar kandungan cerita telah diolah semula sebagai tindak balas kepada maklum balas pemain yang berasa "tidak selesa". [3]

Pada 29 Mac 2024, diumumkan bahawa Wuthering Waves akan dikeluarkan pada iOS, Android dan PC melalui Epic Games Store, pada 23 Mei 2024. [6] Pada Mei 2024, diumumkan bahawa Wuthering Waves akan dikeluarkan melalui Mac App Store pada masa hadapan. [7]

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj
2024 Pocket Gamer Mobile Games Awards 2024 Pencapaian Audio/Visual Terbaik Menang [8]
Anugerah Galaxy英语-{Galaxy Award (China)}- Permainan Fiksyen Sains Terbaik Menang [9]
The Game Awards 2024 Permainan mudah alih terbaik Tercalon [10]
Suara Pemain Tercalon
2025 The Game Awards 2025 Permainan mudah alih terbaik Tercalon [11]
Suara Pemain Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Wuthering Waves release window, platforms, trailer, and more". March 28, 2024.
  2. ^ "Wuthering Waves Gameplay Trailer Shows Open-World Action". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-05-02. Dicapai pada 2023-04-30.
  3. ^ a b "This Genshin Impact rival brings the HoYoverse charm but with better combat". PCGamesN. March 27, 2024.
  4. ^ "Is Wuthering Waves a gacha game? Here's what you can expect". www.oneesports.gg. March 8, 2024. Text "ONE Esports" ignored (bantuan)
  5. ^ Koeinigin Yu. "Confirmed! Wuthering Waves official release date". Gamestegy. Dicapai pada 27 March 2024.
  6. ^ D'Angelo, William (March 29, 2024). "Wuthering Waves Releases May 22 for PC and Mobile". VGChartz.
  7. ^ Lada, Jenni (May 20, 2024). "Wuthering Waves Launch Trailer and Mac Store Release Shared". Siliconera. Dicapai pada May 21, 2024.
  8. ^ PocketGamer.biz Staff (2024-08-20). "Pocket Gamer Mobile Games Awards 2024 winners revealed". Pocket Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-23.
  9. ^ "《鸣潮》获"银河奖最佳科幻游戏奖","科不科幻"国内外玩家吵翻天". 游戏大观 (dalam bahasa Cina). 2024-09-30. Dicapai pada 2024-11-23.
  10. ^ Lambertsen, Carrie (2024-12-13). "The Game Awards 2024: All Winners & Awards". ScreenRant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-14.
  11. ^ Weber, Rachel (2025-12-11). "The Game Awards 2025 Winners: The Full List". IGN Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-14.

Pautan luar

sunting