Unicorn Overlord

permainan video terbitan tahun 2024

Unicorn Overlord[a] ialah PVB taktikal klasik 2024 yang dibangunkan untuk Vanillaware dan diterbitkan oleh Atlus di Jepun. Ia dikeluarkan untuk platform Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Berkisah di Benua Fevrith yang hangus sebab perang panjang di seluruh kerajaan-kerajaan, pengiran yang dipaksa untuk pergi dari kerajaannya. Alain harus mencari pakatan untuk boleh memerdekakan rakyatnya dari Empayar Zenoira yang mengilhak seluruh wilayahnya.

Unicorn Overlord
PembangunVanillaware
PenerbitSega
PengarahTakafumi Noma
PengeluarAkiyasu Yamamoto
Pereka bentukWataru Nakanishi
Pengatur caraTakafumi Noma
PelukisTakafumi Noma
Masami Yanagi
Penulis/pengarangTakafumi Noma
Penggubah
Mitsuhiro Kaneda
  • Yoshimi Kudo
  • Rikako Watanabe
  • Richter
  • Toki Takeda
  • Denys Fontanarosa
Pelantar
Dilancarkan pada8 Mac 2024
GenrePermainan video berperanan
ModPemain tunggalhibira multipemain Sunting nilai ini di Wikidata
Penarafan
ESRB
Pautan luar
Tapak sesawangunicorn-overlord.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: tt30833829 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Konsep untuk Unicorn Overlord dirancang oleh Takafumi Noma pada akhir tahun 2014. Projek itu dibolehkan untuk berlaku oleh ketua syarikat, George Kamitani. Noma mengambil peranan sebagai pengarah, pengatur cara dan artis grafik utama. Dia ingin membuat permainan video taktikal klasik dari tahun 1990-an versi moden. Pembuatan permainan ini mengambil masa hampir sepuluh tahun kerana bertindihan dengan projek Vanillaware lain.

Basiscape, sebuah studio muzik yang diasaskan oleh Hitoshi Sakimoto, menggubah runut bunyi. Permainan ini telah mendapat ulasan yang sangat positif dan menjual lebih daripada satu juta salinan di Jepun setakat September 2024.[1]

Sinopsis

sunting

Jeneral Valmore dari Kerajaan Cornia memberontak pada Ratu Ilenia. Valmore secara mengejutkan telah berjaya mengumpulkan banyak tentera, bandar kerajaan telah dikepung. Josef membawa Alain, putra dari Ilenia untuk pergi ke kerajaan lain dan membawa mohor Cornia. Salah satu barang kerajaan dari Ratu ialah Cincin Unicorn. Khabar ibu Alain tidak diketahui selepas pertempuran terakhir. Sepuluh tahun kemudian, Valmore menabalkan dirinya sebagai Galerius. Dia menubuhkan semula Empayar Zenoirian Empire dan mengilhak semua kerajaan di benua Fevria: Drakenhold, Bastorias, Elheim dan Albion.

Alain diasuh dan dididik oleh Josef di sebuah pulau kecil bernama Palevia bersama dengan kedua teman kecilnya Lex dan Scarlett. Josef memimpin Liberation Army dan mengumpulkan tentera hingga Alain berumur 17 tahun. Pada masa itu, tentera Zenoira di bawah Kapten Hordrick, bekas penjaga Alain dahulu memimpin armada musuh. Josef yang sangat marah pada Hordrick karena berkhianat hendak membunuhnya, tetapi Alain ingin bertanya padanya lagi. Ring of Unicorn aktif dan Alain menemukan bahwa ia sebenarnya disihir oleh Baltro. Alasan kenapa kerajaan-kerajaan dapat dengan mudah tunduk ialah kerana sihir itu.

Alain membebaskan semula Drakenhold dan membantu Pengiran Gilbert naik tahta. Dalam pengembaraannya untuk berperang menentang Galerius, dia menjumpai banyak orang yang membantunya dari berbagai kerajaan seperti Aubin, Bruno, Berengaria dan Melissandre. Selama beberapa tahun, Alain mempersiapkan pasukan koalisi yang besar untuk menaklukan Cornia, kampung halamannya.

  1. ^ Jepun: ユニコーンオーバーロード Hepburn: Yunikōn Ōbārōdo?

Rujukan

sunting
  1. ^ Mäki, Jonas (2024-09-25). "Unicorn Overlord mencapai satu juta game yang terjual jauh lebih cepat daripada game Vanillaware sebelumnya". Gamereactor Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-06-07.

Pautan luar

sunting