Tajang Laing
Dato' Sri Bo' Tajang Laing (14 Februari 1926 - 23 April 2026) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Kayan. Beliau merupakan mantan Menteri Hal Ehwal Negeri Sarawak dan mantan ADUN Belaga selama empat penggal (1979-1983).[1]
Dato' Sri Tajang Laing | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Belaga | |
| Dalam jawatan 1979–1983 | |
| Didahului oleh | Nyipa Bato |
| Digantikan oleh | Nyipa Bato |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 14 Februari 1926 Long Linau, Belaga, Sarawak, Malaysia |
| Meninggal dunia | 23 April 2026 (umur 100) Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Pasangan | Devong Anyie |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Kehidupan awal
suntingTajang Laing merupakan seorang guru pertama yang berbangsa Kayan setelah menerima ijazah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Beliau telah mengajar di SK Abun Matu sebelum menumbuhkan sebuah sekolah iaitu SK Long Linau pada tahun 1953.[2]
Kerjaya politik
suntingTajang Laing telah memainkan peranan penting dalam mewakili komuniti Orang Ulu sebagai wakil khas dalam Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 dan juga berkhidmat sebagai ahli Majlis Daerah dan Dewan Undangan Negeri Kapit pada tahun 1965.[3] Dari tahun 1963 hingga 1970, beliau berkhidmat sebagai Menteri Negeri dan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Negeri dari tahun 1963 hingga 1966, Menteri Pertanian, dan Menteri Perhutanan sehingga tahun 1970.[4]
Dalam bidang politik, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga pada tahun 1979 dan 1983.
Rujukan
sunting- ^ Samuel Aubrey (2026-04-24). "First Orang Ulu minister Tajang Laing passes away at 100". The Borneo Post. Dicapai pada 2026-04-24.
- ^ "Sarawak's struggle for independence: Former minister Bo' Tajang shares tales of hardship and unity". DayakDaily. 2023-07-11. Dicapai pada 2026-04-24.
- ^ "Independence fighter salutes leaders for success". Sarawak Tribune. 2023-07-10. Dicapai pada 2026-04-24.
- ^ DayakDaily Team (2026-04-24). "Orang Ulu statesman Bo' Tajang Laing passes away at 100". DayakDaily. Dicapai pada 2026-04-24.