Shûshtar (Parsi: شوشتر) adalah sebuah kota kubu yang terletak di wilayah Khuzestan, barat daya Iran. Kedudukannya adalah kira-kira 92 km dari Ahvaz, pusat wilayah ini. Ia didiami penduduk seramai 89,255 pada tahun 2005.

Shushtar
Fail:Shushtar.JPG
Negara Iran
WilayahWilayah Khuzestan
Sistem Hidraulik Bersejarah Shushtar
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Jambatan Shadervan
Jambatan Shadervan
KriteriaBudaya: i, ii, v
Rujukan1315
InskripsiSesi 2009 (ke-33 )

Sejarah

sunting

Semasa zaman Elam Shushtar dikenali sebagai Adamdun. Pada zaman Achaemenian, namanya adalah Šurkutir. Nama modennya, Shushtar, berhubung kait dengan nama kota purba lain, Susa (atau Shush, dalam sebutan Parsi), dan bermaksud "lebih besar (atau lebih baik) daripada Shush."

Apabila Shah Sassanian Shapour I mengalahkan maharaja Rom Valerian, beliau telah mengarahkan tawanan tentera Rom untuk membina sebuah jambatan luas yang panjangnya melebihi 550 meter, dikenali sebagai Band-e Qaisar ("Jambatan Caesar").

Dinding kubu purba telah dimusnahkan semasa akhir pemerintahan era Safavid.

Orang dan budaya

sunting

Sepertimana kumpulan etnik Parsi lain, orang Shushtar, mengekalkan warisan budaya unik sejak zaman purba, dan dialek Parsi berbeza kepada kumpulan ini.

Bahasa

sunting

Dialek Shushtar dipertuturkan di Shushtar dan ia adalah satu dialek bahasa Parsi.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting


32°03′U 48°51′T / 32.050°U 48.850°T / 32.050; 48.850

Templat:World Heritage Sites in Iran Templat:Khuzestan Province