Sejarah

sunting

Quora diasaskan oleh Adam D'Angelo (bekas ketua pegawai teknikal di Facebook) dan Charlie Cheever. D'Angelo keluar dari Facebook pada Januari 2010 untuk mencipta Quora[1] dan berkata bahawa beliau mendapat inspirasi untuk membuat Quora kerana beliau berpendapat bahawa[2] "banyak sekali laman soalan dan jawapan di Internet, tetapi tidak ada yang cukup bagus". Pangkalan pengguna Quora berkembang dengan pesat pada Disember 2010.[3] Pada Mac 2010, Quora menerima modal dari Benchmark Capital sekaligus memberikan nilai pemula bernilai 86 juta dolar.[4]

  1. ^ "Why I Quit My CTO Job At Facebook And Started Quora". Business Insider. Dicapai pada 2010-03-29.
  2. ^ "The Mystery Behind Quora". Boston Innovation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-06. Dicapai pada 2010-03-29.
  3. ^ Lewenstein, penyunting (2010-11-28). "Quora Signups Explode". Dicapai pada 2011-01-24.
  4. ^ "Benchmark Invests at $86 Million Valuation". TechCrunch. Dicapai pada 2010-03-29.