Plat Sunda
Plat Sunda merupakan plat tektonik di mana terletaknya sebahagian besar rantau Asia Tenggara. [1] Ia pernah dianggap sebagai sebahagian daripada plat Eurasia, tetapi ukuran GPS telah mengesahkan pergerakan bebasnya pada kadar 10 mm/tahun ke timur berbanding Eurasia.[2] Plat ini mencakupi kawasan Laut China Selatan, Laut Andaman, bahagian selatan negara Thailand dan Vietnam, Malaysia dan pulau-pulau Borneo, Sumatera, Jawa dan sebahagian Sulawesi di Indonesia, termasuk barat daya kepulauan Filipina, kepulauan Palawan dan Archipelago Sulu.
| Plat Sunda ڤلت سوندا | |
|---|---|
Plat Sunda (ditandakan sebagai "Sonde") dan plat-plat sekitarnya (dalam bahasa Perancis)
| |
| Kedudukan | Asia Tenggara |
| Komposisi | Litosfera benua dan laut |
| Plat utama | Plat Eurasia |
| Sempadan | Jurang Jawa dan Filipina |
| Keluasan | 0.21967 steradian |
| Kutub Euler | 55° 44' U 72° 95' B °/juta tahun |
sunting | |
Plak Sunda mengarah ke timur oleh Lengkungan Gerak Filipina, Zon Perlanggaran Laut Molucca, Plat Laut Molucca, Plat laut Banda dan Plat Timor; keselatan dan barat oleh Plat Australia; dan keutara oleh Plat Burma, Plat Eurasian; dan Plat Yangtze. Plat Indo-Australia menjunam di bawah Plat Sunda sepanjang Jurang Jawa, yang menyebabkan gempa bumi.[1]
Sempadan timur, selatan dan barat Plat Sunda adalah tektonik rumit dan aktif secara seismik. Hanya sempadan utara agak tenang.
Rujukan
sunting- 1 2 Whitten, T (1996). The Ecology of Java and Bali. Hong Kong: Periplus Editions Ltd. m/s. 87. ISBN 978-9625938882. Unknown parameter
|coauthors=ignored (|author=suggested) (bantuan) - ↑ Socquet, Anne (2006). "Microblock rotations and fault coupling in SE Asia triple junction (Sulawesi, Indonesia) from GPS and earthquake slip vector data" (PDF). Journal of Geophysical Research. 111 (B8). Bibcode:2006JGRB..11108409S. doi:10.1029/2005JB003963. ISSN 0148-0227. Unknown parameter
|coauthors=ignored (|author=suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]
