One More Light (Melayu: Satu Lagi Cahaya) ialah album studio ketujuh oleh kumpulan rock Amerika Syarikat, Linkin Park. Album ini dikeluarkan pada 19 Mei 2017 dan diterbitkan oleh Warner Bros. Records.[1][2]
Ini merupakan album terakhir kumpulan ini bersama vokalisnya, Chester Bennington sebelum kematiannya pada 20 Julai 2017.[3] Punca kematian Bennington diberikan sebagai bunuh diri dengan menggantung.[4] Album ini juga merupakan album pertama Linkin Park yang mempunyai lagu dengan tajuk sama.