Lydia Ibtisam

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia (1980–2026)

Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab (4 Oktober 1980 – 23 Julai 2026)[1][2][3] ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia yang terkenal dengan peranan beliau sebagai watak utama dalam Impian Illyana. Oleh sebab watak Illyana yang remaja, tambahan pula dengan saiz badan beliau, pemegang ijazah Komunikasi Multimedia dari Universiti Malaya ini disalah sangka sebagai berusia remaja.[4]

Lydia Ibtisam
Kelahiran
Nur Ibtisam binti Abdul Wahab

(1980-10-04)4 Oktober 1980
Kaherah, Mesir
Meninggal dunia23 Julai 2026(2026-07-23) (umur 45)
Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur
Sebab kematianPenyakit autoimum
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, penerbit
Tahun aktif1999–2026
Terkenal keranaImpian Illyana
PasanganEzam Merican (k. 2008–2026)
Anak-anak2

Selain Impian Illyana, Lydia juga berlakon dalam siri sitkom Dunia Anita (sebagai Zaitun, kawan karib Anita lakonan Siti Fazurina), drama Realiti (sebagai Dayang, teman wanita Amir lakonan Zizan Nin) dan drama Natasha. Lydia turut menyanyikan lagu tema Impian Illyana dan Dunia Anita (Pilihlah Aku).

Lydia Ibtisam ialah anak kacukan Arab-Melayu. Nama "Ibtisam" dalam bahasa Arab bermaksud "senyuman".[3] Kini, beliau sedang sibuk menyiap album mini yang berjudul 'Bukan Main-main' bersama Beal. Ia memuatkan 5 buah lagu duet rentak pop masa kini dan bakal menemui peminat awal tahun 2008.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj
2004 Impian Illyana Illyana TV3
2005–2007 Dunia Anita Zaitun
2005–2007 Natasha Marina
2006 Realiti Dayang 8TV
2009 Celebrity Karaoke Dirinya sendiri NTV7 [5]
2010 Cheritera Dayang Senandung TV9 [6]
2014 Lembuku Ben TV2

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Ruj
2010 Chopp! TV9 [6]

Kematian

sunting

Lydia meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat penyakit autoimum. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang.

Rujukan

sunting
  1. "koleksi gambar artis malaysia dan indonesia: Galeri Lydia Ibtisam". 20 November 2006.
  2. "Pelakon 'Impian Illyana' Lydia Ibtisam meninggal dunia". Astro AWANI. 23 Julai 2026. Dicapai pada 23 Julai 2026.
  3. 1 2 http://miszmaliana.blogspot.com/2006/12/impian-ilyana.html
  4. Radin Sri Ghazali (24 Februari 2006). "Bintang 'Impian Ilyana' mahu menyanyi". mSTAR Online.
  5. Huong, Thomas (3 May 2009). "Petite and lionhearted singer". New Straits Times. m/s. 11. ProQuest 272162640
  6. 1 2 Taib, Shuib (2010-08-22). "The little dynamo". New Straits Times. m/s. 34. ProQuest 746381118

Pautan luar

sunting