Gundog

jenis anjing

Gundog (Sebutan bahasa Melayu: [gandɔg]) atau anjing burung ialah jenis anjing pemburu yang dikembangkan untuk membantu pemburu untuk mencari dan mengutip buruan,[1] biasanya pelbagai unggas yang ditembak pada sayap (semasa terbang). Istilah "anjing pemburu" adalah luas dan merangkumi semua baka dan kemahiran anjing pemburu, tetapi "gundog" merujuk anjing yang dilatih untuk bekerja bersama dengan senjata api lantang semasa pemburuan atau pengutipan buruan.[2] Gundog dibahagikan kepada tiga kategori utama: anjing penuding dan seter, anjing pengutip, dan spaniel.[3][tiada dalam ayat yang diberikan]

Lelaki yang menjalankan seekor gundog spaniel (East Riding of Yorkshire, 2018)

Terdapat beberapa baka yang digunakan sebagai gundog dengan set kemahiran naluri berlainan untuk setiap baka.[3] Gundog dibahagikan kepada tiga jenis utama: anjing pengutip, anjing penuding, dan anjing air.

Kategori utama Jenis Contoh
Anjing pengutip   Anjing pengutip keemasan
Anjing penuding Anjing penuding   Anjing penuding Inggeris
Seter   Seter Inggeris
Anjing air (penggarah) Spaniel   Kokerspaniel Inggeris
Anjing air   Pudel piawai

Senarai baka gundog

sunting

Pengelasan kelab kenel

sunting

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel, termasuk The Kennel Club mengelompokkan baka gundog pedigri bersama-sama dalam kumpulan gundog sendiri, manakala sesetengah kelab seperti American Kennel Club mengelompokkannya dalam kumpulan sukan.[5][6] Istilah "sukan" dengan lebih tepat mencerminkan gaya perburuan dan memancing terdahulu yang untuknya banyak anjing penuding, seter, spaniel penggarah, anjing air, anjing pengutip, dan anjing denak dikembangkan untuk bekerja seiringan dengan jaring, perangkap, helang sawah, anjing pemburu penglihatan, anak panah, dan bolt dan bukan pula senjata api.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "gundog". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  2. ^ Lumontod, Patrick (3 Oktober 2017). "12 Types of Hunting Dogs and Which One You Need" [12 Jenis Anjing Pemburu dan Jenis yang Anda Perlukan] (dalam bahasa Inggeris). Top Dog Tips. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  3. ^ a b "Gundogs: Everything You Need to Know" [Gundog Semua yang Perlu Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). Nestlé Purina PetCare. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  4. ^ Peterson, Tony J. (1 Jun 2016). "Braque d'Auvergne: Breed Profile" [Anjing Penuding Auvergne: Profil Baka] (dalam bahasa Inggeris). Gun Dog. Dicapai pada 21 Disember 2024.
  5. ^ "Breed Information Centre: Gundog" [Pusat Maklumat Baka: Gundog] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2019. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  6. ^ "Sporting Group" [Kumpulan Sukan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.

Templat:Topik perburuan