Grigory Ivanovich Kulik (Rusia: Григорий Иванович Кулик; Ukraine: Григорій Іванович Кулик, rumi: Hryhorii Ivanovych Kulyk; 9 November 1890 – 24 Ogos 1950) ialah seorang panglima tentera Soviet dan Marsyal Kesatuan Soviet yang berkhidmat sebagai ketua Direktorat Utama Artileri Tentera Merah dari tahun 1937 sehingga Jun 1941.

Grigory Ivanovich Kulik
Kulik s. 1940-an
Kelahiran(1890-11-09)9 November 1890
Dudnikovo, Gabenorat Poltava, Empayar Rusia (kini Ukraine)
Meninggal dunia24 Ogos 1950(1950-08-24) (umur 59)
Moscow, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
DisemadikanTanah Perkuburan Donskoi
Kesetiaan Empayar Rusia (1912–1917)
Soviet Rusia (1918–1922)
Kesatuan Soviet (1922–1946)
Tahun perkhidmatan1912–1946
PangkatMarsyal Kesatuan Soviet (1940–1942)
ArahanDirektorat Utama Artileri
Pertempuran
AnugerahWira Kesatuan Soviet

Dilahirkan dalam keluarga petani Ukraine berhampiran Poltava, Kulik berkhidmat sebagai pegawai artileri dalam Tentera Darat Imperial Rusia semasa Perang Dunia Pertama. Apabila Revolusi Rusia meletus, beliau menyertai Bolshevik dan Tentera Merah. Beliau bertempur bersama Joseph Stalin di Pertempuran Tsaritsyn semasa Perang Saudara Rusia dan dengan cepat menjadi salah seorang jeneral kegemaran Stalin. Pada tahun 1937, beliau dilantik sebagai ketua Direktorat Utama Artileri. Kulik mempunyai pandangan yang sangat konservatif dalam teknologi dan teori ketenteraan. Beliau merupakan penentang kuat terhadap pembaharuan Marsyal Mikhail Tukhachevsky dan teori operasi mendalam beliau, serta menolak inovasi seperti kereta kebal T-34, kereta kebal KV-1, dan sistem artileri roket Katyusha.[1]

Kulik dilantik sebagai Timbalan Pertama Komisar Rakyat untuk Pertahanan pada tahun 1939, dan kemudiannya mengambil bahagian dalam Pencerobohan Soviet ke atas Poland. Pada tahun 1940, beliau dilantik sebagai Marsyal Kesatuan Soviet. Kepimpinan beliau yang lemah semasa Perang Musim Sejuk di Finland dan pencerobohan Jerman ke atas Kesatuan Soviet membawa kepada kejatuhannya. Beliau disingkirkan daripada Direktorat Artilerinya pada akhir 1941, dan pada awal 1942 beliau dibicarakan di mahkamah tentera serta diturunkan pangkat ke Mejar-Jeneral, namun terselamat daripada hukuman mati kerana hubungannya yang baik dengan Stalin.

Selepas perang, Stalin dan Lavrentiy Beria memulakan pusingan baharu pembersihan politik. Kulik ditangkap atas tuduhan khianat pada tahun 1947 dan dipenjarakan sehingga 1950, apabila Stalin mengarahkan beliau dihukum bunuh.

Tarikh kenaikkan pangkat

sunting


Rujukan

sunting
  1. ^ Moorehouse, Roger (2014) The Devils' Alliance: Hitler's Pact With Stalin, 1939-1941, hlm. 222-23. Basic Books, NY

Bibliografi

sunting
  • Bortakovsky, Timur (2012). Расстрелянные герои Советского Союза (dalam bahasa Rusia). Moscow: Veche. ISBN 9785953361903. OCLC 784099768.
  • Montefiore, Simon Sebag (2003). Stalin: The Court of the Red Tsar. Weidenfeld & Nicolson. ISBN 9781842127261.
  • Karpov, Vladimir (1999). Расстрелянные маршалы. Moscow: Veche. ISBN 5-7838-0526-2. OCLC 43543465.
  • Sanford, George (2005). Katyn and the Soviet Massacre of 1940: Truth, Justice and Memory. Routledge. ISBN 9780415338738.