Gerhana bulan terwujud ketika bulan melalui sebagian daripada bayang-bayang bumi. Terjadinya gerhana bulan ini hanya bisa berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir terjajar. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 8 November 2022.[1]

Pelbagai imej gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Fasa gerhana bulan

Gerhana 2007

sunting

Pada 3 hingga 4 Mac 2007. Suatu gerhana bulan telah berlaku yang dikategorikan pada L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.

Gerhana bulan 3 Mac 2007 di Madrid
Fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007


Peristiwa gerhana bulan era moden yang telah terjadi dan akan datang

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. Greg. "Total Lunar Eclipse of December 21, 2010". Outer Space Universe. Dicapai pada 20 Disember 2010.
  2. "Total Lunar Eclipse: March 3, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-11. Dicapai pada 2008-02-20.
  3. "Total Lunar Eclipse: August 28, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2008-02-20.
  4. "Total Lunar Eclipse: February 20, 2008". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-18. Dicapai pada 2008-02-20.