Fell terrier
Fell terrier merujuk jenis terier pekerja bertungkai panjang rantauan, bukan baka anjing spesifik.
Fell terrier merah | |||||||||
| Nama lain | Fell terrier merah Fell terrier hitam Terier berwarna | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | England | ||||||||
| |||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||
Perihal dan tujuan
suntingFell terrier ialah jenis terier pekerja kecil yang dikembangkan di desa berbukit ("fell") di England Utara dan digunakan sebagai anjing pemburu.[perlu rujukan] Ia mungkin merupakan baka silang atau baka tulen.[perlu rujukan] Jenis fell terrier biasanya kecil, biasanya berukuran seberat 10–15 lb (4.5–6.8 kg), dan dengan dada sempit, supaya muat ke dalam terowong haiwan yang diburu. Fell terrier bertungkai panjang, dengan lapis bulu bertekstur kasar, kerap berwarna merah atau hitam. Ekornya secara tradisional dipotong; di Amerika Syarikat, ekornya tidak perlu dipotong. Pembiakbakaan silang dengan terier pemburu lain pada mulanya menyebabkan penampilannya berbeza-beza.[perlu rujukan]
Fell terrier dibiakbakakan untuk kebolehan perburuan dan gameness[1] dan bukan pula mengikut piawaian penampilan (jenis baka). Ia berburu dalam kawanan atau secara bersendirian.[2] Fell terrier pada asalnya dikembangkan oleh Pakar Perburuan Ullswater Joe Bowman, iaitu seorang pembiak baka awal terier sempadan; beliau menggunakan fell terrier merah terbaik yang tersedia untuk beliau, supaya beliau dapat meneruskan usaha untuk memperhalus fell terrier malah lebih lanjut untuk memburu fell fox ("rubah bukit") besar yang dipercayai menyebabkan kerugian besar untuk penternak biri-biri. Anjing ini memerlukan tungkai panjang untuk mengikuti pemburu melalui salji tebal dan dada sempit untuk mengikuti rubah di dalam sarang bawah tanah berbatu.[3] Dalam perburuan, terier mengikuti rubah merah ke bawah tanah ke dalam sarangnya; di dalam, ia sama ada membunuh rubah, meluru ke arah rubah, atau menahan rubah sehingga pemburu (terrierman) mengeluarkan anjing dan rubah ke luar. Susur galur asal fell terrier memanjang ke bawah daripada Rock milik Harry Hardisty Turk dan Sid Wilkinson; Rock milik Wilkinson si anjing pembaka paling penting[Menurut siapa?] pada eranya yang dibiakbakakan daripada chowt-face rock terrier milik Fred Barker dan Anthony Barker. Orang lain yang telah menyumbang merupakan Garry Middleton, Brian Nuttall, John Park, Ken Gould, Frank Buck, Cyril Breay, Joe Armstrong, Anthony Barker, Fred Barker, Maurice Bell, Anthony Chapman, John Cowen, Tommy Dobson, Eddie Pool, Graham Ward, dan Sid Wilkinson. Fell terrier telah digunakan di Amerika Syarikat selama bergenerasi untuk memburu buruan kecil dan telah dikenali dengan nama terier Patterdale. Kebanyakannya tidak diubah oleh pemburu yang mengekalkan piawaian.[perlu rujukan]
Baka
suntingBeberapa baka bernama telah dikembangkan daripada jenis fell terrier, seperti terier sempadan, terier Lakeland, terier Patterdale, terier Scotland, terier Wales, dan baka lain yang dikembangkan secara tempatan. Kesemuanya kadang-kadang dipanggil "fell terrier" secara bergantian dengan nama baka masing-masing.[perlu rujukan] "National Terriers Club LLC" dan "American Fell Terrier International" telah menerbitkan piawaian fell terrier.[4] Di Jerman, terier pemburu dikembangkan daripada ternakan fell terrier pada tahun 1920-an. Fell terrier mungkin diturunkan daripada jenis sangat lama terier bertungkai panjang yang dirujuk sebagai anjing hitam dan sawo matang berbulu kasar, yang serupa dengan terier Wales kini.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ↑ Lent (1973), m/s. 73–74 "Fell terriers have been bred for generations for work alone, and the only requisite points were their gameness."
- ↑ Lent (1973), m/s. 74 "All the fell packs are hunted on foot."
- ↑ Lent (1973), m/s. 74
- ↑ "FELL TERRIER" [FELL TERRIER] (dalam bahasa Inggeris). National Terriers Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2008. Dicapai pada 30 Januari 2026.
- ↑ Lent (1973), m/s. 76
Bacaan lanjut
sunting- Burns, Patrick (16 Februari 2006). American Working Terriers [Terier Pekerja Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Raleigh, Carolina Utara, Amerika Syarikat: Lulu Enterprises Incorporated. ISBN 9781411660823. OCLC 1431193697.
- Lent, Patricia Adams (1973). Sport with Terriers [Sukan dengan Terier] (dalam bahasa Inggeris). Rome, New York, Amerika Syarikat: Arner Publications. ISBN 9780914124016. OCLC 897643.
- Lucas, Jocelyn Morton (1995). Hunt and Working Terriers [Terier Pemburu dan Terier Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Tideline Books. ISBN 9780955217968. OCLC 786209452.
- Plummer, David Brian (2006). The Fell Terrier [Fell Terrier] (dalam bahasa Inggeris). Rhyl, United Kingdom: Tideline Books. ISBN 9780955217937. OCLC 213104267.