Enggang (Jawi: اڠݢڠ) ialah sejenis burung yang mempunyai paruh besar dengan bentuk menyerupai tanduk lembu dan berwarna garang dan kadangkala mempunyai cula pada belah bawah paruhnya. Jenis burung ini tergolong dalam keluarga Bucerotidae termasuk lebih daripada 60 spesies[1] yang ditemukan di Asia dan Afrika.

Enggang
Julat zaman: Miosen Awal – Kini
Enggang papan
Buceros bicornis dari Mangaon, Raigad, Maharashtra, India
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Rafinesque, 1815
Genus

16, lihat teks

Taburan kesemua spesies enggang
Illustration of Hornbills, c.1835-1840

Ciri-ciri

sunting

Burung-burung enggang boleh membawa paruh yang besar kerana ruas-ruas tulang leher pertama dan keduanya bercantum. Ada cula di atas paruhnya yang berongga untuk meninggikan gelombang bunyi panggilannya.[2]

Tabiat

sunting

Pembiakan

sunting

Burung enggang betina mengurung diri dalam sarang yang diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah, di mana ia bertelur sehingga enam biji telur putih sesangkak. Hanya terdapat satu bukaan kecil dalam sarangnya yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada pasangannya yang mengeram dan anak burung yang menetas.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

Taksonomi

sunting

Nama keluarga Bucerotidae diberikan daripada genus Buceros yang datang daripada perkataan bahasa Yunani βοῦς boûs "lembu" dan κέρας kéras "tanduk".[3]

Kladogram berikut menunjukkan hubungan antara genus-genus spesies burung berdasarkan kajian filogenetik molekul oleh Juan-Carlos Gonzalez bersama rakan-rakannya yang diterbitkan pada 2013.[4] Bilangan spesies untuk setiap genus dirujuk dari taksonomi yang diterbitkan oleh kumpulan AviList.[5]

Bucerotidae

Bucorvus – enggang tanah, 2 spesies

Lophoceros – 8 spesies

Tockus – 10 spesies

Berenicornis – enggang bulu

Horizocerus – 4 spesies

Ceratogymna – 2 spesies

Bycanistes – 6 spesies

Rhinoplax – enggang gading

Buceros – 3 spesies

Anorrhinus – 3 spesies

Ocyceros – 3 spesies

Anthracoceros – 5 spesies

Aceros – enggang dahan

Rhyticeros – 6 spesies

Rhabdotorrhinus – 4 spesies

Penelopides – 5 spesies

Rekod fosil

sunting

Beberapa saintis percaya pepohon evolusi enggang tersebar dari subbenua India ke Gondwana, sebelum India bercantum dengan Asia.[9][10]

Rujukan

sunting
  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2025). "Mousebirds, Cuckoo Roller, trogons, hoopoes, hornbills". World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 31 Januari 2026.
  2. ^ Kemp, Alan (1991). Forshaw, Joseph (penyunting). Encyclopaedia of Animals: Birds. London, UK: Merehurst Press. m/s. 149–151. ISBN 978-1-85391-186-6.
  3. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, UK: Christopher Helm. m/s. 79. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  4. ^ Gonzalez, J.-C.T.; Sheldon, B.C.; Collar, N.J.; Tobias, J.A. (2013). "A comprehensive molecular phylogeny for the hornbills (Aves: Bucerotidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 67 (2): 468–483. Bibcode:2013MolPE..67..468G. doi:10.1016/j.ympev.2013.02.012. PMID 23438388. Lihat juga pembetulan: Gonzalez, J.-C.T.; Sheldon, B.C.; Collar, N.J.; Tobias, J.A. (2013). "Corrigendum to "A comprehensive molecular phylogeny for the hornbills (Aves: Bucerotidae)" [Mol. Phylogenet. Evol. 67 (2013) 468–483]". Molecular Phylogenetics and Evolution. 68 (3): 715. Bibcode:2013MolPE..68..715G. doi:10.1016/j.ympev.2013.05.008.
  5. ^ AviList Core Team (2025). "AviList: The Global Avian Checklist, v2025". doi:10.2173/avilist.v2025. Dicapai pada 13 Januari 2026.
  6. ^ Brunet, J. (1971). ". Oiseaux miocènes de Beni Mellal (Maroc); un complément à leur étude". Notes Mem. Serv. geol. Maroc. 31 (237): 109–111.
  7. ^ Boev, Z.; Kovachev, D. (2007). "Euroceros bulgaricus gen. nov., sp. nov. from Hadzhidimovo (SW Bulgaria) (Late Miocene) – the first European record of Hornbills (Aves: Coraciiformes)". Geobios. 40: 39–49.
  8. ^ Riamon, Ségolène; Pickford, Martin; Senut, Brigitte; Louchart, Antoine (2021). "Bucerotidae from the early Miocene of Napak, Uganda (East Africa): The earliest hornbill with a modern-type beak". Ibis. 163 (2): 715–721. doi:10.1111/ibi.12907. S2CID 230632701.
  9. ^ Viseshakul, N.; Charoennitikul, W.; Kitamura, S.; Kemp, A.; Thong-Aree, S.; Surapunpitak, Y.; Poonswad, P.; Ponglikitmongkol, M. (July 2011). "A phylogeny of frugivorous hornbills linked to the evolution of Indian plants within Asian rainforests: Frugivorous hornbills link to evolution of Asian rainforests". Journal of Evolutionary Biology. 24 (7): 1533–1545. doi:10.1111/j.1420-9101.2011.02285.x. PMID 21545425.
  10. ^ "Forest guardians in the Western Ghats". January 2017.