Masyarakat Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (Inggeris: Economic Community of West African States (ECOWAS), Perancis: Communauté Économique des États de l'Afrique de l'Ouest (CEDEAO)) ialah satu kumpulan serantau 15 negara Afrika Barat yang diasaskan pada 28 Mei 1975, dengan penandatanganan Perjanjian Lagos. Misinya adalah untuk menggalakkan penyepaduan ekonomi. Pada 1976, Tanjung Verde menyertai ECOWAS tetapi pada Disember 2000, Mauritania menarik diri,[1] setelah mengumumkan hasratnya pada Disember 1999.[2]

Comunidade Económica dos Estados da África Ocidental
Communauté économique des États de l'Afrique de l'Ouest
Economic Community of West African States

Masyarakat Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat
  UEMOA
  WAMZ
  ECOWAS sahaja
Ibu pejabatAbuja, Nigeria
Bandar terbesarLagos, Nigeria
Bahasa rasmiPerancis, Inggeris, Portugis
Keanggotaan
Pemimpin
 Pengerusi
Ghana Nana Akufo-Addo
 Presiden Suruhanjaya
Burkina Faso Kadré Désiré Ouédraogo
Penubuhan
28 Mei 1975
Keluasan
 Jumlah
5,112,903 km2 (1,974,103 bt2) (ke-7)
Populasi
 Perkiraan 2006
251,646,263 (ke-4)
115.6/km2 (299.4/sq mi)
KDNK (PPP)2005
 Jumlah
A$ 342,519 bilion (ke-28)
 Per kapita
AS$ 7,890
Mata wangEscudo Tanjung Verde (CVE)
Cedi (GHC)2
Dalasi (GMD)2
Franc Guinea (GNF)2
Dolar Liberia (LRD)3
Naira (NGN)2
Leone (SLL)3
Franc CFA Afrika Barat (XOF)
Zon waktuUTC 0 hingga +2
  1. Jika dianggap sebagai satu entiti.
  2. akan digantikan dengan eco pada 2009.
  3. Liberia telah menyatakan hasrat menggunakan eco.

ECOWAS ialah salah satu tonggak Komuniti Ekonomi Afrika yang berfungsi menggunakan tiga bahasa setaraf (Perancis, Inggeris, dan Portugis). Presiden Suruhanjaya ECOWAS kini ialah Macky Sall, manakala pengerusi kini ialah Presiden Kadré Désiré Ouédraogo. Niger, Mali dan Burkina Faso mengumumkan bahawa mereka akan meninggalkan organisasi itu pada 28 Januari 2024, satu peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya sejak penubuhan ECOWAS, yang mendakwa khususnya kekurangan bantuan daripada organisasi itu dalam menghadapi keganasan dan menuduhnya berada di bawah pengaruh kuasa asing.

Keanggotaan

sunting

Rujukan

sunting