Daerah

jenis pembahagian pentadbiran, di beberapa negara

Daerah (Jawi: داءيره) atau distrik (khusus Ind.) ialah sejenis bahagian pentadbiran yang terdapat di sesetengah negara yang diuruskan oleh pemerintah tempatan. Kawasan-kawasan yang dikenali dengan "daerah" mempunyai pelbagai dari segi saiz, merentasi rantau atau kaunti, beberapa perbandaran, bahagian kecil dari perbandaran, daerah sekolah atau daerah politik.

Penamaan

sunting

Perkataan "daerah" ialah serapan perkataan Arab: دَائِرَة, rumi: dā'irah yang bermaksud "lingkaran; bulatan" yang merupakan terbitan kata kerja Arab: دَارَ, rumi: dāra yang bermaksud "berputar; berpusing".[1] "Distrik" gunaan Indonesia pada zaman penjajah Belanda dipinjam dari Belanda diakar Latin districtus "meregangkan" atau "menahan"[2]

Mengikut negara

sunting

Brunei

sunting

Negara Brunei dibahagikan peringkat pertama kepada daerah yang lanjutnya dibahagikan kepada mukim.

Indonesia

sunting

Pada zaman jajahan Hindia Belanda, district merupakan istilah Belanda merujuk pada pentadbiran kewedanaan di pulau Jawa.

Indonesia kini mempunyai seberapa "daerah khusus" atau "istimewa" (Aceh, Jakarta, Yogyakarta) dan Daerah Otonomi Khusus merangkumi rantau milik Indonesia belah barat pulau New Guinea merangkumi Papua, Papua Barat Papua Barat Daya, Papua Tengah, Papua Pegunungan dan Papua Selatan.[3]

Malaysia

sunting

Daerah ialah pembahagian peringkat pertama negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang dibahagi lanjut kepada mukim. Setiap daerah di Malaysia ditadbir oleh sebuah badan majlis yang berkanun. Contohnya daerah Marang ditadbir oleh Majlis Daerah Marang. Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah menjadi ketua pentadbir bagi sesebuah daerah.

Rujukan

sunting
  1. Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 145. ISBN 967-65-7321-3.
  2. Lihat:
    • "districtum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 259.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "district zn. 'ambtsgebied'". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam melalui EtymologieBank. Ontleend aan Frans district ‘rechtsgebied’ [1480; Rey] < middeleeuws Latijn districtus ‘rechterlijke macht, rechtsgebied’, oorspr.[onkelijk(e)] het [verleden deelwoord] van distringere ‘uiteen houden, op zijn plaats houden, tegenhouden’, gevormd uitdis- ‘uiteen, weg van’ en het werkwoord stringere ‘klemmen, drukken, binden’CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 dalam Satu Naskah. Jaringan Dokumentasi dan Informasi Hukum. Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia.