Castor

Haiwan pengeroggot

Castor (atau menurut ejaan Kamus Dewan, beaver, yang diserap daripada bahasa Inggeris: beaver) ialah sejenis rodensia semiakuatik di Hemisfera Utara. Terdapat dua spesies yang masih wujud: beaver Amerika Utara (Castor canadensis) dan beaver Eurasia (Castor fiber).[1] Beaver ialah rodensia hidup kedua terbesar, selepas kapibara, yang boleh mencecah berat 50 kg (110 lb). Mereka mempunyai badan dempak dengan kepala besar, gigi kacip panjang menyerupai pahat, bulu perang atau kelabu, kaki depan menyerupai tangan, kaki belakang yang berkulit renang, dan ekor yang rata dan bersisik.[2] Kedua-dua spesies berbeza dari bentuk tengkorak dan ekor, dan warna bulu. Beaver boleh ditemui di kebanayakan kawasan air tawar, seperti sungai, jeram, tasik dan kolam. Mereka sejenis pemaun,[3] yang makan kulit pokok, tumbuhan air, rerumput dan rusiga.

Beaver
Julat zaman: 24–0 Ma
Lewat Miosen – Kini
Beaver Amerika Utara
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Castor

Linnaeus, 1758
Spesies

C. canadensis
C. fiber
C. californicus

Beaver membina empangan dan sarang menggunakan dahan pokok, tumbuha-tumbuhan, batu dan lumpur; mereka mengunyah lumat pokok untuk membuat bahan. Empang yang dibuat menyekat laluan air, membentuk kolam, dan sarang (basanya dibina dalam kolam) menjadi tempat berlindung. Prasarana mereka ini mencipta tanah lembap yang digunakan oleh banyak spesies lain, dan disebabkan kesan mereka terhadap banda hidup lain dalam ekosistem tersebut, beaver dianggap sejenis spesies teras. Beaver jantan dan betina dewasa tinggal berpasangan secara monogami bersama-sama anak-anak mereka. Selepas tahun pertama mereka, beaver yang muda membantu ibu bapa mereka membaiki empang dan sarang; anak-anak yang lebih tua juga membantu membesarkan anak-anak yang baru lahir. Beaver menguasai wilayah dan menandakan wilayah mereka menggunakan timbunan berbau yang dibuat daripada lumpur, serpihan dan castoreum—sejenis bahan cecair yang terhasil daripada lelehan pundi mereka. Beaver boleh juga mengesan kerabat mereka dengan rembesan kelenjar dubur dan lebih bertoleransi dengan mereka sebagai jiran.

Secara sejarahnya, beaver diburu untuk mendapatkan bulu, daging dan castoreum mereka. Castoreum digunakan dalam perubatan, minyak wangi, dan pewarna makanan; kulit bulu beaver pernah menjadi pemacu utama dalam perdagangan bulu. Sebelum dilindungi bermula pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20, pemburuan berlebihan hampir menghapuskan kedua-dua spesies. Populasi mereka kembali dipulihkan, dan mereka telah disenaraikan sebagai spesies kurang membimbangkan dari mamalia Senarai Merah IUCN. Dalam budaya manusia, beaver menjadi lambang kepada perindustrian, khususnya berkaitan pembinaan; ia merupakan haiwan kebangsaan Kanada.

Taksonomi

Carl Linnaeus memberi nama genus Castor pada tahun 1758 untuk spesies C. fiber yang duduk di Eropah[4] daripada perkataan bahasa Yunani Purba κάστωρ kastōr.[5]

Spesies

Gambar Spesies Habitat
  Beaver Eurasia Eropah, Skandinavia, Turki, Rusia, Mongolia dan China;[6]:169–170 pupus di Syria, Iraq dan Iran.[7][8]
  Beaver Amerika Utara Amerika Utara

Ciri-ciri

Badan spesies beaver mempunyai ukuran panjang 80–120 sentimeter termasuk ekor yang berukuran 25–50 sm panjang.[2] Badan dan tengkorak spesies beaver eurasia lebih panjang daripada spesies beaver amerika utara, ekor spesies beaver eurasia lebih tebal daripada spesies beaver amerika utara.[9] Bulu spesies C. canadensis berwarna gelap.[9] Ekor spesies genus beaver mempunyai pangkal berotot, hujungnya pipih dan bersisik. Ekornya digunakan untuk membantunya berenang, dan mengawal haba badan dengan menyimpan lemak tambahan sebagai penebat pada musim sejuk dan menyingkirkan haba melalui sistem peredaran darah kelilingnya pada musim panas.[10]

Gigi-gigi kacipnya sangat kuat.[11] Ia boleh gigit batang-batang pokok sederhana (dengan garis pusat kurang daripada 15 sm) sampai tumbang dalam masa rata-rata kurang daripada 50 minit.[12]

Sarang

Beaver mencari sumber makanan seperti ikan dan teratai dengan menyelam di dalam sungai. Oleh itu, ia membina sebuah empangan istimewa yang menggenangkan air sungai sehingga menghasilkan kolam, dan sebuah sarang di tengah kolam tersebut.[13] Ia cepat mencari batang kayu apabila mendengar bunyi air yang mengalir.[14] Jika ia duduk di kawasan tasik, ia tidak membina empangan dan terus membina sarang di tepi bahagian cetek tasik tersebut.[15]

Sarangnya menebat haba dalam ruang yang bersuhu lebih suam daripada persekitaran luar sarang.[12]

Perbezaan antara beaver dan memerang

Beaver dan memerang berbeza dari segi taksonomi, ciri fizikal, diet, tingkah laku, dan habitat. Ia tergolong dalam keluarga Castoridae dan order rodensia, menjadikannya pemaun bersaiz besar, manakala memerang ialah ahli keluarga (biologi) Mustelidae dan order karnivor, yang rapat berkaitan dengan jelu dan bejar.[3] Menurut garis panduan MABBIM, istilah Inggeris "beaver dam" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu istilah Malaysia sebagai "empang memerang", walaupun terjemahan ini tidak sepenuhnya tepat dari sudut perspektif zoologi.[16]

Dari segi saiz, ia umumnya lebih berat dan lebih tegap, manakala memerang mempunyai variasi yang luas bergantung kepada spesies tetapi cenderung mempunyai badan yang lebih langsing. Ia dikenali melalui tubuh mereka yang tegap, ekor lebar dan rata, serta geraham depan yang menonjol yang disesuaikan untuk menggerogoti kayu, manakala memerang mempunyai badan langsing, bulu lebat, dan moncong runcing yang sesuai untuk berenang dan memburu.[3]

Diet mereka juga berbeza dengan ketara. Beaver ialah herbivor yang memakan kulit kayu, daun, dan tumbuhan akuatik, manakala memerang ialah karnivor yang memburu ikan dan haiwan akuatik lain. Dari segi tingkah laku, ia terkenal kerana membina empangan dan pondok, memainkan peranan utama dalam membentuk ekosistem tanah lembap, manakala memerang ialah pemburu yang tangkas dan sosial yang sering diperhatikan melakukan aktiviti bermain dan, dalam beberapa spesies, menggunakan alat.[3]

Akhir sekali, walaupun kedua-duanya separa akuatik, beaver terhad terutamanya kepada persekitaran air tawar di mana mereka mengubah habitat, tetapi memerang mendiami julat habitat akuatik yang lebih luas, termasuk sungai, tasik, dan kawasan marin pesisiran pantai.[3]

Rujukan

  1. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 842–843. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Busher, P.; Hartman, G. (2001). "Beavers". Dalam MacDonald, D. W. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals (ed. ke-2). London, England, UK: Oxford University Press. m/s. 590–593. ISBN 978-0760719695.
  3. ^ a b c d e Powis, Jennifer (21 September 2023). "Beavers vs Otters: What Are The Differences?". BeCause Tees (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mac 2026.
  4. ^ "Castor". Integrated Taxonomic Information System. 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "κάστωρ". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Halley, Duncan; Rosell, Frank; Saveljev, Alexander (2012). "Population and distribution of Eurasian Beaver (Castor fiber)" (PDF). Baltic Forestry. 18 (1 (34)): 168–175 – melalui Unexpected Wildlife Refuge.
  7. ^ Rowley-Conway, P.A.; Leggea, A.J. (September 1986). "The beaver (Castor fiber L.) in the Tigris-Euphrates basin". Journal of Archaeological Science. 13 (5): 469–476. doi:10.1016/0305-4403(86)90016-6.
  8. ^ A'lam, Hūšang (1989). "Beaver". Encyclopaedia Iranica. IV(1). New York, AS: Universiti Columbia. m/s. 71–74.
  9. ^ a b Runtz 2015, m/s. 22–25.
  10. ^ Runtz 2015, m/s. 55, 63–67.
  11. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 11–12.
  12. ^ a b Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 68.
  13. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 54.
  14. ^ Runtz 2015, m/s. 104.
  15. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 54–56, 109.
  16. ^ "empang memerang". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2026. Istilah MABBIM: beaver dam = empang memerang

Sumber-sumber