Beruang kutub (nama saintifik: Ursus maritimus) ialah sejenis beruang yang terdapat di kawasan Artik pesisiran Lautan Artik dan sekitarnya. Ia adalah haiwan mamalia karnivora daratan terbesar dan spesies beruang terbesar.[6]:10[7]:74 Ia mendiami kawasan pantai berais dan air batu laut;[8] ia memburu haiwan-haiwan laut sebagai sumber makanannya.

Beruang kutub
Julat zaman:
Pleistosen Lewatkini (~120,000–0 YBP)[1]
Beruang betina berdekatan Kaktovik, Pulau Barter, Alaska, AS
CITES Appendix II (CITES)[3]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Ursidae
Genus: Ursus
Spesies:
U. maritimus
Nama binomial
Ursus maritimus
Subspesies
Taburan habitat beruang kutub
Sinonim

Ursus eogroenlandicus
Ursus groenlandicus
Ursus jenaensis
Ursus labradorensis
Ursus marinus
Ursus polaris
Ursus spitzbergensis
Ursus ungavensis
Thalarctos maritimus

Ia spesies yang terjejas akibat kehilangan habitat yang dijangka disebabkan perubahan iklim, sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan budaya orang-orang asli yang duduk dalam rantau Artik.

Ciri fizikal

sunting
 
Beruang kutub

Badan beruang kutub berukuran 200–250 sentimeter dengan berat 300–800 kilogram, beruang betina lebih kecil dengan ukuran 180–200 sm dengan berat 150–300 kg;[9] kepala beruang jantan lebih besa daripada beruang betina.[7]:75 Beruang kutub paling besar yang pernah dicatatkan telah ditemukan dan diburu di Serokan Kotzebue barat laut Alaska pada tahun 1960, beratnya 1002 kg.[10] Tinggi beruang dewasa diukur daripada paras bahu pada antara 130–160 sm.[9]

Ekor beruang kutub kontot dengan ukuran antara 7.6–12.6 sentimeter panjang.[9]

Badan beruang kutub berwarna putih kerana badannya tidak ada pigmen dan helai-helai bulunya menyerakkan balik cahaya matahari.[11][6]:7 Lapisan luar bulunya berongga untuk memerangkap haba dan mengapungkan beruang atas permukaan air.[6]:7–8

Tabiat

sunting

Pembiakan

sunting

Berat anak beruang kutub yang baru lahir seberat antara 600 hingga 700 gram.

Rujukan

sunting
  1. ^ Ingólfsson, Ólafur; Wiig, Øystein (2009). "Late Pleistocene fossil find in Svalbard: the oldest remains of a polar bear (Ursus maritimus Phipps, 1744) ever discovered". Polar Research. 28 (3): 455–462. doi:10.3402/polar.v28i3.6131.
  2. ^ Wiig, Ø.; Amstrup, S.; Atwood, T.; Laidre, K.; Lunn, N.; Obbard, M.; Regehr, E.; Thiemann, G. (2015). "Ursus maritimus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2015: e.T22823A14871490. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-4.RLTS.T22823A14871490.en. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  3. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  4. ^ Phipps, John (1774). A voyage towards the North Pole undertaken by His Majesty's command, 1773. London: W. Bowyer and J. Nicols, for J. Nourse. m/s. 185. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2017. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  5. ^ Fee 2019, m/s. 41.
  6. ^ a b c Derocher, Andrew E. (2012). Polar Bears: A Complete Guide to Their Biology and Behavior. Johns Hopkins University Press. ISBN 978-1-4214-0305-2.
  7. ^ a b Ellis, Richard (2009). On Thin Ice: The Changing World of the Polar Bear. Knopf. ISBN 978-0-307-27059-7.
  8. ^ Derocher, Andrew E.; Lunn, Nicholas J.; Stirling, Ian (April 2004). "Polar bears in a warming climate". Integrative and Comparative Biology. 44 (2): 163–176. doi:10.1093/icb/44.2.163.
  9. ^ a b c DeMaster, Douglas P.; Stirling, Ian (8 May 1981). "Ursus maritimus". Mammalian Species (145): 1–7. doi:10.2307/3503828. JSTOR 3503828. OCLC 46381503.
  10. ^ Wood, Gerald L. (1983). The Guinness Book of Animal Records. Guinness Superlatives. m/s. 28. ISBN 978-0-85112-235-9.
  11. ^ Khattab, M. Q.; Tributsch, H. (2015). "Fibre-optical light scattering technology in polar bear hair: A re-evaluation and new results". Journal of Advanced Biotechnology and Bioengineering. 3 (2): 38–51. doi:10.12970/2311-1755.2015.03.02.2.

Petikan sumber

sunting

Pautan luar

sunting