Asid polilaktik
Asid polilaktik, juga dikenali sebagai poli(asid laktik) atau polilaktida (PLA), ialah sejenis bahan plastik. Ia merupakan sejenis termoplastik poliester (atau polihidroksialkanoat) dengan formula tetulang (C3H4O2)n atau [–C(CH3)HC(=O)O–]n. PLA secara amnya diperoleh melalui pemeluwapan air daripada asid laktik C(CH3)(OH)HCOOH (maka itulah asal namanya). Ia juga boleh disediakan melalui pempolimeran bukaan cincin laktida [–C(CH3)HC(=O)O–]2, yakni dimer kitaran bagi unit pengulangan asas. Selalunya PLA dicampur dengan polimer lain. PLA boleh dibiodegradasi atau tahan lama, bergantung pada proses pembuatan, bahan tambahan dan kopolimer.
| Nama | |
|---|---|
| Nama IUPAC
Poli(asid laktik)
Poli(asid 2-hidroksipropanoik) | |
| Nama IUPAC sistematik
Poli[oksi(1-metil-2-oksoetilena)] | |
| Pengecam | |
| ChemSpider |
|
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| Sifat | |
| Ketumpatan | 1210–1430 kg/m3[1] |
| Takat lebur | 150 hingga 160 °C (302 hingga 320 °F; 423 hingga 433 K)[1] |
| 0 mg/ml [2] | |
| Bahaya | |
| NFPA 704 (berlian api) | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
| Rujukan kotak info | |
PLA dihasilkan secara ekonomi daripada sumber boleh diperbaharui dan boleh digunakan dalam produk yang boleh dikompos.[3] Pada tahun 2022, PLA mempunyai jumlah penggunaan tertinggi berbanding mana-mana bioplastik di dunia, dengan kira-kira 26 % daripada jumlah permintaan bioplastik.[4] PLA tidak sepenting polimer komoditi tradisional seperti PET atau PVC, kerana penerapannya walaupun meluas namun terhalang oleh pelbagai kekurangan fizikal dan pemprosesan.[5] PLA ialah bahan filamen plastik yang paling banyak digunakan dalam percetakan 3D berteknologi pemfabrikan filamen terlakur (FDM), kerana takat leburnya rendah, kekuatannya tinggi, pengembangan habanya yang rendah, serta lekatan lapisannya yang baik, walaupun ia mempunyai rintangan haba yang lemah melainkan disepuh lindap .[6][7]
Walaupun nama "asid polilaktik" digunakan secara meluas, ia tidak mematuhi tatanama piawai IUPAC, iaitu "poli(asid laktik)".[8] Nama "asid polilaktik" akan mewujudkan kekeliruan kerana PLA bukanlah sejenis poliasid (polielektrolit), tetapi sebaliknya poliester.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b "Material Properties of Polylactic Acid (PLA), Agro Based Polymers". Matbase - Material Properties Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2012. Dicapai pada 6 Februari 2012.
- ^ "Polylactic Acid. Material Safety Data Sheet" (PDF). ampolymer.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Januari 2009.
- ^ Teixeira, Leonardo Vieira; Bomtempo, José Vitor; Oroski, Fábio de Almeida; Coutinho, Paulo Luiz de Andrade (2023). "The Diffusion of Bioplastics: What Can We Learn from Poly(Lactic Acid)?". Sustainability. 15 (6): 4699. Bibcode:2023Sust...15.4699T. doi:10.3390/su15064699.
- ^ Ceresana. "Bioplastics - Study: Market, Analysis, Trends - Ceresana". www.ceresana.com. Dicapai pada 25 Oktober 2024.
- ^ "Perspective on Polylactic Acid (PLA) based Sustainable Materials for Durable Applications: Focus on Toughness and Heat Resistance". ACS Sustainable Chemistry & Engineering. 4 (6): 2899–2916. 2016. Bibcode:2016ASCE....4.2899N. doi:10.1021/acssuschemeng.6b00321.
- ^ "Worldwide most used 3D printing materials, as of July 2018". Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Improvements in the crystallinity and mechanical properties of PLA by nucleation and annealing". Polymer Degradation and Stability. 166: 248–257. Ogos 2019. doi:10.1016/j.polymdegradstab.2019.06.001.
- ^ "Nomenclature and Terminology for Linear Lactic Acid-Based Polymers (IUPAC Recommendations 2019)" (PDF). doi:10.1515/iupac.92.0001. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ^ "Poly(lactic acid): plasticization and properties of biodegradable multiphase systems". Polymer. 42 (14): 6209–6219. 2001. doi:10.1016/S0032-3861(01)00086-6.
Pautan luaran
sunting

